KELAS ICT- Microsoftwords (Membuat Carta)
4 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 3/02/2024, Pihak NaDi Piasau Utara telah mengadakan kelas ICT kepada pelajar sekolah. Kelas ini membantu pelajar cara menggunakan microsoft words dalam membuat beberapa jenis carta yang disuruh oleh guru mereka. Selain itu tenaga pengajar NaDi juga memberi tunjuk ajar bagaimana kaedah menaip dengan betul serta memberi tips design dan layout yang baik.
Kelas ini bermula dari jam 10 pagi dan selesai pada jam 12 tengah hari dan disertai oleh pelajar lelaki. Hasil dari kelas ini, para pelajar mengetahui fungsi microsoft word adalah sangat penting untuk mana-mana individu sama ada untuk seorang profesional yang bekerja, pelajar atau pesara aktif.
Kemahiran dalam microsoft word adalah kemahiran penting yang berguna untuk kedua-dua keperluan perniagaan yang rumit serta tujuan asas sehari-hari. Microsoft Word adalah alat fleksibel yang membolehkan mereka memenuhi banyak keperluan dokumen digital mereka dan ia juga merupakan salah satu aplikasi yang mesra pengguna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: